::You & Me::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

::Najmi::

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

::Najdi::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, March 27, 2009

Apa perlu buat kalau anak kene demam panas dan sawan tarik?

Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan teman2 yang ada anak...



Tanda-tanda demam panas:

1. Suhu badan cecah 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala hangat, tp tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki, tgn sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tgn, muka, kaki dh biru tu cpt2 la bw klinik/ hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sbb badan tak selesa...



Ape nak buat kalau anak demam panas?

1. periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama pd sebelah malam krn menurut kata nurse kat hospital, kalau mlm lagi cpt suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan) Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dh sampai 37°C tu cepat-cpat la balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah start demam panas, balut badan nya dgn kain basah. Mandikan dia dgn air sejuk. Mula siram kan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dgn kepala.

3. Kalau suhu badan anak tak turun juga, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkan lah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bw ke klinik, bg doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, jgn la biarkan je... sentiasa monitor suhu nya. Kalau bleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sbl refer anak ke klinik.


Apa nak buat kalau anak dah kene sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jgn bg dia tertelan air liur dia sendiri sebab bleh menyebabkan dia mati lemas/ tercekik.

3. Jgn bg anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tgh kejang, bg dia sedar dulu pastu basahkan kaki dia dgn air sejuk. Bila dia dah sedar/ menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dh sedar tu.. cepat-cepat bw ke klinik. Doktor akan bg rawatan selanjutnya.



Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cpt-cpt sedarkan dia dgn cara mandikan dgn air sejuk. Alirkan air dr kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dr menerima oksigen. Sbb tu even kita dh bg rawatan di rumah, still kene bw ke klinik/ hospital utk dpt bantuan oksigen. Otak kalau tk dpt oksigen mencukupi dlm masa singkat bleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sgt-sgt kalau anak dh kene kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh dtg balik bg anak-anak yg pernah kene masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

Insya Allah, harap info ni dpt dikongsi dgn kawan-kawan. Kalau ada yg kurang, harapnya dpt lah ditambah atau diperbetulkan. Semoga anak-anak kita dikurniakan kesihatan yg baik dan membesar dgn bijak, insya Allah. Amin........................

0 comments: