::You & Me::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

::Najmi::

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

::Najdi::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, October 26, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

..


Sejak dua menjak nie, semakin teruja lak nak join contest. hu hu hu.. Sajer suker2 menambahkan kenalan siber & memeriahkan lagi majlis. :P Menang @ tak, tak kisah ler... adat ler kan...

Arinie ada jumpa satu lagi contest yg best. Contest nie dianjurkan oleh eliza sempena
5th Anniversary on 17th November 2009, beliau dengan kecik besar hati ingin organized :


CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009



Antara syarat & terma yg perlu diikut adalah :

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..

3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........

Gambar yg dipertaruhkan adalah.............................




Muhammad Najmi Muhaimin

10 bulan





'

Monday, October 19, 2009

Saye budak baru belajar....



Jumaat minggu lps, gie tgk Najmi wkt rehat tengah hari. Dah nmpk mama dia, cam biasa ler, memanjat kite nieh. Dah puas menepek, dia sambung main balik. Dia sorong walker. Letak dlm walker, dia dah memang takmo dah.
Dalam dok main2 tu, ada lar dia dok pegang menan lain. Dok tepuk2 tangan lar ngan bdk2 lain. Masa tu ler aku terperasan Najmi berdiri tanpa berpaut pada apa2 benda. Eh... cam terkejut jap. Betul ker nieh?
Tgk lagi... Pastu, dia pegang kejap walker... pastu dia lepaskan lagi. Cepat2 tarik walker tu jauh skit dari dia.. Hmm... sah! Bkn salah mataku ini lagik.
Mamanya nie teruja ler skit kan... anak dah pandai imbang badan. Sabtu ahad tu, dok praktis dia berjalan. Dapat ler dia melangkah dua tiga tapak. Menganga2 dia dapat berjalan sendiri. Yg tukang tgk yg mengekek-ngekek gelak tgk dia berjalan. Mana taknya... cara Najmi berjalan dgn gaya muka bangga giler..



Dalam percubaan utk bgn tapi tak brp nak berjaya lagi..





tepon plastik tak maunya dia main. Tepon ori jgk yg dia nak. Seb baik ada yg lama nieh..



Stakat nie dah berjaya menapak dlm 5-6 langkah..





'

Thursday, October 15, 2009

Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest



Dah lama tak masuk contest sejak pose aritu. Tadi tgh best lawat blog-blog baru, terjumpa lar satu blog yg menganjurkan satu contest yg menarik diriku ini mengontest. Hu hu hu... kalo kak nza tgk ayat daku ini, mesti dia kasik failed tatabahasa. Heh heh heh..

Gambar yg kupertaruhkan adalah....



Gambar nie diambil selepas penat beraya ke rumah sedara mara. Balik jer ke rumah, 2 jejaka nie terus tido. Penat beraya & mkn lemang. Hik hik hik..
Kenapa daku perlu dipilih sbg pemenang? Hu hu hu... nie gambar curik aka candid. Lalingku tak perasan pun daku amik gambar nie. Nie kalo dia tahu masuk contest, sure dia malu kegirangan.camno rupe malu kegirangan tuh? Ha ha ha..


Miela77 ada juga menjual Produk UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal. Tak tau pun kewujudan produk nie. Masuk blog Miela77, baru kudapat tahu. Kire bagus jgk produk nie. Dijamin suci. Diusahakan oleh orang islam, itu yg penting. Nak plak saper-saper yg ada baby tu, harus ada simpan dirumah produk nie. Baby2 kan tak boleh mkn ubat selesema @ batuk (aku ada baca artikel mana ntah), jadi, guna produk nie, just sapu kat idung @ titis kat mulut. Tak payah pakai syringe tu. Lagi mudah keje.. Ingat nnt nak try ler sebotol, InsyaAllah... Kalo berkesan, leh kekalkan guna.(Ini bkn tujuan memancing markah keh). Bagi saper2 yg nak try produk nie, leh ler berkunjung ke blog Miela77

Bagi kawan-kawan yg blom @ nak join contest nie, jom ler kite join reramai. Tapi, mesti ikut syarat2 spt kat bwh nie.


Pertama : Uols perlulah menjadi follower Miela77 dan mesti add http://miela77.blogspot.com/ kat link kengkawan uols.--> Done

Kedua : Uols perlu copy banner diatas dan tepek kat entri dan sidebar uols dengan linkback ke blog daku.--> Done

Ketiga : Buat entri dan Uols tepeklah gambar Aksi Di Aidilfitri yang paling spontan dan cerita ttg aksi tersebut. Tak kisahlah aksi macam mana dan zaman bila janji spontan dan mencuit hati sesiapa yang melihatnya. Kemudian, beritahu daku kenapa uols perlu dipilih sebagai pemenang.--> Done

Keempat : Ceritakan apa yang uols tahu tentang Produk UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal. Penceritaan yang kreatif akan meraih markah bonus.--> Done


Hadiah Tambahan


Kelima : Sekiranya anda membeli UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal bernilai RM57, anda layak dinilai berasingan dan mendapat hadiah tambahan bernilai RM40 yang berupa produk UK Antivirus dan Bio Aura. Hanya perlu nyatakan nombor track Pos Laju yang uols dapat semasa penghantaran didalam entri uols sahaja. Pada yang belum membelinya, uols boleh order dan automatik uols layak untuk dinilai bagi hadiah tambahan ini.

Keenam : Sila tinggalkan komen di kotak komen entri ini dengan menyertakan link entri uols dan email address.

Pemenang Pertama akan memenangi hadiah yang berupa:-

UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal Bernilai RM20

dan

Minyak wangi Auralife bernilai RM20

Pemenang Kedua akan memenangi hadiah yang berupa:-

UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal Bernilai RM20

dan peserta yang membeli produk kami bernilai RM57 akan layak memenangi kedua-dua hadiah yang bernilai RM40 dan dinilai berasingan.


Meh gandakan penyertaan uols sekarang...promosi RM55 untuk 3 botol 5ml termasuk poslaju dan layak memenangi hadiah bernilai RM40 dan layak juga memenangi hadiah yang ditawarkan diatas...lagi menguntungkan..huhuhu
Kalau sapa2 yang sudi sponsor hadiah, daku amat menghargainya memandangkan kesemua hadiah diatas adalah produk yang daku jual.
Contest akan berlangsung mulai 16.09.09 hingga 16.10.09 so uols ada masa nak snap gambar dan beli produk daku hehehee...
Contest akan ditutup tepat jam 11.59pm pada 16.09.09 ye...moh le kite...

Meh la join weh...dan war2 kan pada kengkawan semua..
Oh ya sambil2 tu jgn lupa klik2 ads tu eh...adioss...





'

Wednesday, October 14, 2009

Jamuan Hari Raya & Perpisahan staff

Minggu lepas, ADTEC ada buat jamuan raya & perpisahan bagi staff yang akan berpindah. Ramai jgk yg akan berpindah, termasuklah daku... Pertengahan bulan 1 tahun dpn, bermula lah penghijrahan daku. Dah 6 tahun lebih keje kat sini. Blajar pun kat melaka, keje pun kat melaka. Tak sabar nak balik umah sendiri kat Banting. Dah lama sgt tinggalkan umah sendiri.

Inilah antara gambar yg sempat disnap oleh camerawoman yg sememangnya rajin utk amik gambar model2 tak berbayar yang mmg suke posing2 manjer gitu. Yer ler... nie ler last dpt join jamuan kat adtec nie. Pasnie, kat enviroment baru lak..



Bergambar dgn Pn Mas & Zie






Antara menu yg ada... ada lg yg tak enterprem nieh



Barisan pengajar yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang dan temberang



bergambar dgn Ketua Bhg Komputer. Bos bhg kitorang ler nie.. Sajer bergambar kenangan nak pancing markah SKT





'

Monday, October 5, 2009

Najmi dah 10 bulan. :)







Semalam, genap dah umo Najmi 10 bulan. Dah besar dah bujang mama nieh. Ari sabtu tu plak, dia dah mula nak demam. Hurm... asal nak genap bulan jer, Najmi mesti demam.

Demam dia b'ulang2. Cian Najmi. Selera pun tak der. Minum susu sket jer.. Bagi bubur nasi pun tak nak. Ptg sabtu tu buat rati jala. Dia nak plak makan. Satu gulung habis dia makan. Makanan org tua dia nak plak... bubur dia, dok geleng2 kepala jer kalo kita sua kat dia. Tapi air masak dia mmg byk minum. Ok ler tu kan... byk minum air masak, kuar ler panas badan dia tu..



Budak baek benti merangkak jap, tgk tv



Perasan lak org amik gambo dia


Dalam kol 4 ptg lebih camtu, dia merengek2 time tido. Pastu nangis2. Serba tak kene. Bagi air tak mo, dukong tak mo, baring ateh riba pun tak mo. Pegang badan dia, panas balik. Tak selesa lar tu.. Nak bagi ubat, time2 dia camtu, mmg tak boleh. Kang disemburnye balik. Amik ubat montot tu, trus bagi satu das... Tak sampai stgh jam camtu... dah dah mula berpeluh. Dah mula main cam biasa.. Try bagi bubur, ok... dah nganga jer cam anak burung.
Kununnyer nak bwk Najmi gie Fun Fair malam tadi. Tapi dah demam dia blom nak kebah... kene hold lar dulu keh.. bkn per.. sajer nak bwk jejln. Baby bsr nie kan suke tgk lampu warna warni tu... Nnt bwk gie mana2, tak der ler jakun sgt kan...



Sejak raya aritu, Najmi dah mula pandai 'babai' kat orang. Sebut jer babai, dia lambai2kan tgn dia. Time dia excited sgt, dia lambai dua2 blah tgn sekaligus. Hu hu hu..

Dan plak... dah paham kalo kita marah dia. Sebut jer... "Amboooiiii...." dia dah cebik2 mulut, mata dah bergenang jer... tapi blom nangih lagik. Kembang kempis idong dia tahan nangis. He he he.. nampak come jerk.

Masa beraya umah jiran + tgk baby(lahir raya pertama) semalam, Najmi nie pantang tgk baby, mesti nak kacau. Dkt nursery pun dia mmg suke buli baby baya dia. Dah tak larat nak larang dia. "Haaiip!!" kat telinga dia... terus dia diam terlentok kat bahu... kunun2 takut ler tu... dah kene marah.. tapi tak lama... seminit dua camtu, dia nak mengaco balik.. Hmm.... Najmi... Najmi..

Najmi jgk dah cekap naik tangga.. naik jer ler... tu pun perasan masa kat umah mak masa raya. Best jer dia merangkak terus ke tangga & naik satu-satu. Ikut belakang dia, dia naik sampai ler ke atas.. Seb baik ler umah tak der tangga.. kalo tak, hari2 dia excercise kat tangga tuh.





'

Friday, October 2, 2009

Lawatan tapak


Gambar kejadian nie kat Kg Bermin, Tapah perak. Kg mak. Ari sabtu lepas, sblm nak pegi kenduri Zeri. Awal2 pagi sabtu lagi dah bertolak ke Tapah. Pukul 5 pagi dah kuar umah
sbb teruja nak dapat tol diskaun 20% tu Sampai kat R & R Tapah, subuh jap & dpt sampai ke tol Tapah sblm pkl 7. Jimat okeh.. dpt diskaun. bkn aku bayor pun...
Masa raya mmg dah tak balik kg mak. Opah dah tak der, Atuk lak tinggal ngan adik mak kat subang bestari. Jadi, mmg tak balik ler. Adik lelaki mak jer tinggal kat sana tgk2kan umah & kebun mak. Jadi, mak nak tunjukkan pada anak2 dia kawasan kebun dia. Skrg dah moden skit.. dah boleh bwk masuk keta ke kwsn kebun. Kalo sebelum nie, kena redah sungai, 7 laut 7 rimba gunung ganang tapi sekarang jalan ke situ dah bertar okeh.



Gelap skit... masa tu baru kol 7 pagi. Dari umah Atuk ke kebun, tak jauh rupenyer..


Ingat lagi masa zaman muda mudi dulu skrg pun muda jgk per. Mak paksa ajak menyemak ke kebun. Gie ler ngan arwah Opah & kak Nori. Mak Ayah dah pegi dulu dah masa tu. Pakai baju nie, beria bertutup2 sume. Kasut lak kasut Pua Chu Kang tu. Lengan baju kancing panjang. Mmg bertutup litup sbb takut sejenis makhluk nie. Mmg sedikit dahsyat ler jgk nak ke kebun nieh. Redah sg, tak ler dalam sgt pun.. tapi dalam lar jgk bagi yg tak tau berenang cam aku nie
Kat kebun tu rasa cam dah masuk utan banap dah. Dok ngekor jer 2 bradik kat arwah Opah. Takut seeh... Jauh tu.. Tapi ikut jer pun... bukan buat apa. Arwah Opah mmg kuat dulu. Bakul dia pikul tu penuh ngan durian. Larat dia bawak.
Pastu dah sampai kat pondok kene check point jumpa ler mak ayah. Singgah kejap jer, nak balik dah. Masa tu dah mula dah rasa cam gatal2 skit kat badan nie. Pastu dok menggaruk jer kat belakang lutut nie. Sekejap2 garu, skejap2 garu. Pastu baru cam terperasan, masa garu tu, cam ada benda.... eerrr....
Pelan2 tarik seluar ke atas skit... tgk ok, tak der apa. Tgk jer kat pelipat kaki nie, ada bende itam tgh sedap menyonyot. Erk?? kuis skali, tak mo gie jgk. Kuis lagi... tak leh gak... UWWWAAAAAAAAAAAAAA...... satu kobon leh dongar. Aku nangeh.. mmg takut giler ngan makhluk nieh. Main2 kaih gitu jer, tak maunyer.. Kak Nori selamber jer tarik camtu. Mengeliat2 makhluk tu..



mmg cukup trauma dgn makhluk nieh! tgk gambo pun cam terasa merayap kat kaki..


Mmg trauma betul rasa masa tu. Itu ler 1st & last pegi kebun. Tak mo dah pegi kebun cenggitu gayanyer. Kene mangoh masa tu, sbb terpekik terlolong meroyan nangeh.
Tapi kini tidak lagi.... kalo kobon camnie, hari2 pegi pun tak per... :) T'ingat kata2 Si Belalang "Kalo jalan kaki jauh tok tapi kalau pegi dgn kereta, sekejaaaap jer dah sampai tok".



Budak nie wajib interprem diri





Kat umah mmg Pak Su dia rajin melayan



2 Mama pingitan





'

Kenduri Zeri

Actually, nie gambo sabtu mgg lepas. Tak der masa nak updet. La nie baru ada masa, sket jer ler... Kenduri sepupuku ini (anak adik mak), berlangsung kat Teluk Intan, kenduri sebelah pompuan. Yang sebelah lelaki, esok. Mgk tak dapat nak pegi ler kot yg sebelah sepupuku nie. Laling keje lak... hurm... Yg pastinya, kenduri sebelah lelaki mesti meriah. Yer ler... adik bradik mak ramai yang dok area2 selangor nie. Jadinye, ramai ler sepupu sepapat sedara mara sume datang. Masa kenduri sebelah pompuan, dapat ler snap gambar sket2. Tu pun si Herol yang amik. Dok pegang Najmi, kene ler pass kat adik jadi cameraman.



Herol bengang jer daku interprem sebegitu rupe. keh keh keh



Muka mak stress jer... mana tak stressnye.. cuaca paneh terik. Berbahang! Yg b'baju purple tu, sajer jer dok sengih camtu... :P



Ketibaan pengantin lelaki.



Pasangan raja sehari... sehari jer tau... esok, dapat sehari lagi..



Yeah!! Silat dulu!



pengantin tgh nengok silat



kompang ditalu... pengantin baru... duduk bersanding, tersipu malu..



Masa nie aku dah tak tgk dah... pi isi perut.. Lapor wehh...



Sebelum mak ayah join pengantin mkn, ayah pegang Najmi dulu... tgk ler aksi Wan dgn cucunyer tu...




'