::You & Me::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

::Najmi::

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

::Najdi::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 27, 2010

Tragedi January

Salam semua....
Lamanya daku bercuti dari berblog...
Bz sket, ngan berhijrah.
Dari kota melaka ke kota banting. :P
Brg byk nak kene kemas, tu pun ada lagi dok dlm kotak.
Carik nursery Najmi lagi..... byk bonar programnya.

Bila dah dok dkt ngan kg nie, makin rajin ler blk kgnya.
Mak ayah pun lg ler seronok dpt main ngan cucu heronyer yg sorg nie.
Najmi pun makin ligat skrg.
Memanjat sana sini..

Nak dijadikan cerita.....
Aritu, Najmi nak memanjat sofa kat umah mak
Dia dpt naik satu kaki jer.... satu lagi tak dpt.
Aku nie dok kat sofa tu, tgk jer gelagat dia.
Kontrol jgk dia, takut2 dia jatuh.

Bila tak dpt nak naik sofa tu, dia nak turun balik.
Masa dia nak turun tu, tetiba dia terduduk trus...
Ingatkan tak der apa.
Pastu nampak dagu dia berdarah
Najmi trus nangis
Berderau jgk ler darah mama dia nie.

Masa dah nampak darah kat dagu dia tu, cpt2 amik dia
Najmi dah nak pegang dagu dia..
Ya Allah.... Tuhan saja lar yg tahu apa perasaan aku masa tu.
Lukanya sikit tapi luka dalam..
terbelah.. isk.... camner ler aku boleh cuai..

Isk.... aku dah mula nangis dah masa tu.
Laling ada kat tingkat atas, turun bila dgr Najmi nangis..
Masa tu baju nie dah mula penuh ngan darah..
Najmi nangis, aku pun nangis..

Laling suruh cpt bersiap, nak pegi klinik.
Pegi klinik, doc lak rehat. (masa tu kol 1 lebih)
Pas satu2 klinik pegi, sume doc rehat.
Najmi dah ok dah masa tu... dah benti nangis..
dia dah mula nak main cam biasa...

Dah tu, terpaksa lar tgg jgk doc blk rehat.
Doc cek, dia kata kene jahit. **gulp**
Tapi dia kata ada cara lain selain jahit..
pakai gam..... ala, cam org operate tu..
tp gam tu plak dia tak der..
katanya, kat hospital ada gam tu..
kalau tak nak pegi hospital, kene bekerjasama ngan dia pegang Najmi,
dia jahit luka dagu Najmi tu...

Sanggup? Aku tak sanggup....
tak sanggup nak dgr tangisan Najmi
Mana lar bdk baya dia dpt tahan sakit kene jahit
Ckp kat doc tu, tak per lar.... aku rela pegi hospital
Then doc tu kasi lar surat refer ker hospital sg buloh.

Tapi masa kat klinik tu, doc nak cuci luka Najmi tu
Ya Allah.... aku tak sanggup nak tgk Najmi masa tu
Dia menangis..... tak boleh nak citer camner...
sampai biru bibir dia.... yer ler.... pedih kene alkohol tu kot...
Dah tu, lama plak pembantu klinik tu nak cuci
rasa nak tolong buatkan jer..

Dah dpt surat refer tu,
Blk umah jap, gie solat, sediakan susu & makanan Najmi.
Yer ler.... nak gie spital, paham2 jer ler.... bkn sekejap..
mesti berjam2..

OTW nak ke hospital, mintak laling serbey jap klinik kat area pekan sg buloh tu
mintak laling tanya dulu, ada tak gam yg cam doc kata tu..
Bkn apa, kalo blh nak cpt..... tak kisah ler kene byr brp pun
kalo kat hosp kang, dah ler lambat nak tgg giliran
takut nnt, diorang jahit jer.... sanggup ker?
Mmg tak sanggup...

Seb baik ada klinik keluarga & surgeri kat sg buloh,
laling pi tanya, mmg diorang ada gam tu...
Syukurnya Ya Allah.... trus bwk Najmi ke klinik tu...
Masa doc tu nak letak gam,
lagi skali Najmi kene pegang
Aku mmg dah tak sanggup nak pegang Najmi
3 org yg pegang Najmi, nak bg dia dok diam
Aku dok jer tepi.... tu pun dah meleleh air mata dgr Najmi nangis

Dah selesai tu, doc kata dah 3 ari nnt, baru bukak balutan tu...
Kalau luka tu terbuka blk, dia akan gam semula.
Tapi, tak sempat 3 ari... plaster tu dah terbuka
Masa nak blk umah lagi, jari Najmi tu dok kutil plaster tu..
Haih!! Camner nak baik kalo camtu...

Mandi ptg tu, trus tertanggal plaster tu.
Tak sampai sehari pun dia pakai.
Dia yg tarik sendiri plaster tu.
Jadi kesan gam tu tak jalan ler.
Serupa tak pakai gam.
Menganga jer luka tu tp
seb baik dah kering skit.
Sapu minyak gamat jer ler

Skrg, luka tu dah nak baik.
Dah ok skit
Nie pun mamanya agak fobia bila Najmi dkt ngan sofa tu
Tp budak nie rilek jer... hmmm.... nama pun budak
apa yg dia tau kan...
yg tua nie ler kene jaga.
tapi... aku cuai... :-[

Hmm.... Najmi... Najmi...
Harap, parut tu tak nmpk sgt ler bila kamu dah besar nnt.

blh nampak lagi kesan gam tu...


malam yg dia kena tu.... buat plaster yg baru..


tgk cam tak bahaya... tapi sofa nie ler yg buat luka kat dagu Najmi...
paku yg bunga2 bulat tu, ada tersembunyi satu besi yg tajam
ayah & laling dah ketuk bagi tenggelam

selepas seminggu... Alhamdulillah... dah semakin sembuh










'

Friday, January 15, 2010

~~~~~Selamat Tinggal Adtec Melaka~~~~~


Ntah naper.... rasa sayu jer nak tinggalkan tempat kerja nie.
Tempat kerja pertamaku... uhuk... uhuk.... uhuk...




sekurang-kurangnya..... ada juga nama di adtec...
walopon salah skit, tak kisah lar....
pegi cerok mana pun, namaku slalu disalah sebot @ salah eja.... huh!
Siti Norshaniah








'

Beriadah di Dataran Tampin..

Pas blk keje ptg semalam, rasa nak ronda2 kat Tampin. Sajer nak jln2 amik angin ptg... Ramai jgk yg dtg beriadah kat sini. Seronok tgk org bersenam, jogging & yg bwk anak2.

Dan orang yg plg seronok dpt berjalan2 mkn.... tak lain dan tak bukan....



lepas jer dia, tak tentu arah rupanya. Sekejap pusing sana, pusing sini.
Merata-rata dia pegi.

Reaksi pertama kali bermain..










'

Wednesday, January 13, 2010

Menghabiskan sisa-sisa.... 2 hari lagi...


03.03.2003....... tarikh pertama melaporkan diri di Adtec Melaka. Tarikh keramat, cantik nombor. Baru jer abis belajar, dpt tawaran keje di sini. W/pun bukan bertaraf tetap tapi aku cukup bersyukur dpt menimba pengalaman baru. Byk pengalaman baru yg aku dpt di sini.

Dari seorang buta IT, sehinggalah sepet
celik IT. Nak kata betul2 celik lagi, tak lar sgt. Sblm nie aku bljr bidang electronic engineering. Mmg agak kekok ler skit bila ditempatkan di bengkel Computer (system). Kat sini jgk aku dpt pengalaman manis kelat & pahit. Semua itu mematangkan diriku.

15.01.2010..... tarikh akhir aku di Adtec & di bumi Melaka. Hampir 7 tahun aku kat sini. Kalo dah ada anak, dah nak masuk darjah 1 dah pun. Hmm.... Apa boleh buat... Dah tak der rezeki. Mungkin ada tempat lain yg lebih baik bagiku dari di sini.

Bkn aku sorang jer... ramai lagi staff2 berstatus kontrak yg akan & telah menamatkan perkhidmatan.
Mungkin ada yg bersimpati. Bagiku... tak perlu bersimpati padaku. Bkn nak berlagak tapi itulah hakikatnya. Bagiku, inilah peluang utkku mencari rezeki di tmpt lain. Sblm nie ada terpikir jgk tapi kalau nak benti sendiri, takut menyesal kemudian hari. Mmg tak suka sgt perasaan menyesal tu. Jadi, bila dah jadi camnie, inilah peluang utk aku beralih angin w/pun aku cukup sayang dgn kerjaya sekarang nie.

25.01.2010..... akan bermula kerjaya baru tapi bukan bidang yg sama. Alamatnya, ilang lar segala skill2 teknikal aku nie. Linux, C++, MySQL, Server 2003... bye2... aku dah tak 'sentuh' korang lagi buat masa nie. Hurmm....

Aku sedih nak tinggalkan kerjaya nie, aku sedih nak tinggalkan student, aku sedih sbb dah tak dpt nak upgrade skills aku.... aku sedih nak tinggalkan bumi melaka... tapii.....................

Aku suka sbb dpt blk kg slalu yabedabeduuuuu, aku suka sbb dpt dok umah sendiri sbb umah saya beeeesssttt, aku suka sbb akan dpt pengalaman baru, aku suka sbb dkt ngan umah mak ayah & mentua aku, aku suka.... aku suka...

Arinie, rasa cam nak mengimbau kenangan2 yg ada.... lagi dua hari lagi aku duduk kat kusi opis nie... hurmm.... macam2 perubahan yg aku dpt nikmati di sini. Macam2 student yg aku jumpa, parents diorang, masalah diorang... macam2 lagi lah!


Ok... itu emosi2 di minggu nie. Hu hu hu.. Lama dah tak updet blog. Bz packing brg umah & brg opis. Nmpk skit tp bila dilonggok2.... blh thn jgk brg2 aku nie. Tu blom lg doc2 dlm pc nie. Harus dikompol2 & burn dlm cd, backup dlm external hdd. Arinie dah settle skit keje2 sume tu... Arinie, pjg ler skit n3 aku. Nak tepek gambo2 kenangan.. :)
Family Day 2004 kat PD. Masa nie sume bujang trang tang-tang. Sorang jer yg dah kawen.

bersama housemate... skrg sorang dok utara, sorang dok pantai timur.

Pertandingan KMK kat ILP Kota Bharu.
Masa nie tahun 2004 kot.. First & last time join.

bergambo ngan student. Tahun bila ntah ler....
Ada antara budak2 nie yg dah kawen pun
aku nmpk bantut ler


Kursus Motivasi kat Kem Nasuha, Pagoh.
Nie masa LDK.

Nie group lain...
Nie masa xtvt jungle tracking..
Aku pun merasa jgk dok dlm tu..
Sbb jwpn teka teki salah,
kene dok dlm tu sambil pikirkan jawapan. Ha ha ha
Nie thn 2006 rasanya


selesai jungle tracking, tgh tgg group2 lain.
masa nie, kol 4pg... sume kasut basah, kene berendam..

Mengiringi student wataniah buat xtvt mendaki.
Nie awal thn 2006.

Org iring, kene ler dok blkg skali kan....

Student rileks jer...
Cekgunyer plak yg dah pancit.. hu hu

menuju ke puncak gunung
sempat pose lagik. hik hik hik

dah sampai pun... cantik pemandangan dari sana..

ntah student mana yg snap... tak hingat.. :P

Sukan Staff ILJTM 2007
Join game Bola Jaring
Hepi jer tgk gmbr nie...
:)

Masa hari penyampaian hadiah
buat kat stadium Jebat.
Kitorang menang... no 3.

Iring student utk pertandingan kreativiti 2007
Aku & Ina kene present e-training, dpt no 3.
Student komputer, no 2 utk kreativiti.

Gambo mahei nieh... hik hik hik

Hmm.... cukup ler tu... t'lalu byk gambar nak tepek. Kang muntah ijo lak org tgk, asik muka nie jer kan.. :P. Last but not least...



muka kusyuk Najmi bila tgk iklan tv. Haih!!



'

Thursday, January 7, 2010

~~My Little Helper~~


Salam semua... arinie daku nak join contest lagik. Kebetulan lak ada gambar terkini yg sesuai utk join contest nie. :P. Walopon tak pernah menang motor .... tak kisah lar... time anak2 nak membesar nie ler syok nak join contest2 nie. Anak dah besar nnt, tak layak lak kan...

Syarat2nya amatlah mudah. Simple mimple. :P Segala syarat & hadiah boleh tgk kat sini.

Soo...... gambar yg nak dipertaruhkan adalah.......... he he he.... dah pernah tepek dah sblm nie...



Rajin kan Najmi nie. Dia nie pantang skit tgk penyapu. Mesti dia pun nak menyapu jgk. Pastu mulut bising lak tu. Masa nie Najmi dah setahun dah pun.... :) byk akai dah skrg nie.










'