::You & Me::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

::Najmi::

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

::Najdi::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, August 15, 2010

Al-Fatihah

Mak Long sebelah ayah (kakak ayah yang sulong), Hajjah Sham Binti Hj Ismail... telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Teringat lak masa jumpa mak long masa hari raya 2 thn lps. Mak long lemah lembut orangnya...

Memula anaknya call ayah, bgth mak long dah nazak. 10 minit pastu, call balik bgth mak long dah meninggal.

Hujung tahun lepas, sblm orang nak sambut puasa, arwah pak lang (abg ayah), bln 5 baru nie, arwah tok wan (ayah kpd ayah) dan sekarang mak long pulak ikut jejak.

Mak ayah & kak nori seleluarga balik kulim naik 1 keta. Mgk malam nie diorang semua blk sini balik. Semoga selamat pergi dan balik.

Al-Fatihah buat arwah mak long..


Momo


Minggu nie berbuka puasa kat umah mak. Sampai jer umah mak ari jumaat mlm tu, anak2 buah sebok nak tunjuk 'cat' kat najmi.
Rupa-rupanya, diorang dah bela kucing. Amik kat orang. Orang tu ada 12 ekor anak kucing yang nak dibuat 'anak angkat'. Hu hu hu.... byknyerrrr..... tapi diorang nie amik sekor jer ler...

Nama kucing nie momo. Tgk jer lar aksi budak najmi nie. Suka sgt ngan kucing. Kalau pegi pasar, nampak kucing.... dan-dan nak turun gie kejar kucing.

kita nak amik gambar dia... dia leh angkat si momo nie nak bwk kat kita...
ish... ish... ish...

dipeluk kuat-kuat sampai nak tercekik kucing tu.
Masa nie dah panggil dia, baru dia lepaskan skit pelukan tu.

momo nak lari...

si momo pun redho jer kene peluk ngan najmi.
Seb baik kucing nie lemah lembut. hu hu hu




Wednesday, August 4, 2010

Najmi dah 1 tahun 8 bulan



Dah pun besar anak bujang nie.. dah makin byk akai dah..

Byk skill najmi sekarang..
Antara skill2 dia...

- dah pandai baca bismillah... tapi yg dgr 'lah', 'man' & 'him' jer... yg lain2 bunyi ikot suke dia jer..
- dah makin byk songeh.. isk isk isk
- suke nyanyi sorang2.. kdg2 bgn tido pun dia nyanyi
- dah pandai tunjuk mata, hidung, mulut, rambut, kaki & tangan... yg lain2 blm tau lagi
- mulut dah becok bercakap
- dah mula pandai nyanyi lagu alif ba ta.... beli vcd alif iqra'
- sedikit penakut... suruh buang sampah kat dapur... kalo tak der org kat dpr, dia kata "kakot" (takut)
- dah pandai mengira dari one to ten
- dah pandai korek idong... isk... isk... isk...





'