::You & Me::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

::Najmi::

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

::Najdi::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 27, 2010

Mat Tiarap!


Morning!!

Nie nak tayang gambar Najmi sekarang. Mat Tiarap! Sbb apa nama mat tiarap? Sbb abahnya dah sodok (guna mesin potong rambut tu) abis rambut Najmi cam askar (mat tiarap). Kasik clear..



Mak mertua kata, Najmi nampak lain kalo dah potong rambut. Nampak lagi bulat muka dia. Ye ker?

Kat taska lak, pengasuh dia leh tak perasan dia ada dpn mata. Dok panggil2 Najmi tapi tak der, tgk2 Najmi dah tercogok dpn dia. Ha ha.... dgn gaya pengasuh tu citer, cam lawak lak.







Punyer ler susah taim nak potong rambut Najmi nie.... huh!! Cam kene dera jer nangehnyer...



Jenuh panggil tgk camera, tapi kusyuk tgk vcd upin ipin. Tu pun kene beli vcd baru, yg lama asik sangkut jer.... Sampaikan dialog dlm citer tu pun dia dah boleh hafal. Haih!!


Last but not least........

PEACE!!!

Tuesday, October 19, 2010

N3 minggu ini...


Minggu nie sedikit bz. Dpt Bos baru.... sedikit cerewet. Macam2 dia mintak kita design. Design layout itu, design display ini, buat poster itu, buat poster ini, edit sana, edit sini.... naik berpinau mata nie ngadap pc lama2. Gambar ai sendiri pun ai tak edit tauuu....
Tak per ler.... dah namanya kerja.... buat jer ler.... lgpun leh update skill yg sedia ada nie haa.... hu hu hu

Tadi dok terjah menerjah, baru tau result utk contest mamalieyna dah kuar. Huh! Ai dah ketinggalan zaman daa....
Resultnyer, tak der rezeki utk Najmi. Its ok... Mula2 berkecimpung mmg camnie. Kene kalah dulu. hi hi hi... At least, Najmi dikategorikan sbg Top 12. Tahniah Najmi sayang...
Nnt, kita leh join contest lagik yer Najmi...


Nie salah satu gambar dari Top 12. 2 gambar kat atas tulah pemenangnya.... Nak tau pemenang final? Terjah sini.

Apa2 pun, thanks to mamalieyna yg buat contest. Seronok tgk gambar2 gelagat anak2 nie. :)


'

Tuesday, October 12, 2010

Majlis Menyambut Tetamu

Minggu lepas, majlis umah pengantin pompuan. Kali nie, majlis umah pengantin lelaki. Majlis sederhana tapi meriah. Mak mertua mintak tlg buatkan puding utk mkn beradap.

Pikir punya pikir, buat yg simple jer lar... Buat triffles. Tapi bahan lak tak cukup. Isk.... whip cream tak der... kalau ada pun, yg diragui status halalnya. Hurm.... susah lak nak carik whip cream kat banting nieh!

Jadi, terpaksa lar buat seringkas yg boleh....

boleh lar kot.... tukang buat nie tak keraaktif kreatif.

camner ler leh terlebih custard lak... eh... tak nampak lak keknyer.. hurmm...

budak nie tgh tgg mama dia bersiap. Tgk tv dari jauh..



terpikat ngan buah nie....

cantik.... tapi rasa kek kurang umph! :P

tgh tgg ketibaan pengantin

Selamat Pengantin Baru buat kalian...

Najmi, sapa2 nak dukung dia rela jer...

Najmi dah mula buat keje sendiri...

mengemas skit....

Tak byk pun amik gambar.... yg mana larat jer... sebok tolong2 apa yg patut. Tido mlm pun rasa sakit2 badan. Huhu... manja sungguh badan nie...






'

Wednesday, October 6, 2010

Najmi dah 1 tahun 10 bulan





Lagi 2 bulan, genap ler umur Najmi 2 tahun. Nie pun dah terlambat buat n3. Tak kisah lar kan... Hmm.... Dah besar dah Najmi nie. Makin banyak pe'el dia.
Setakat nie, Najmi dah mula pandai :

- Bagi salam & jawab salam.... "kekom"(assalamualaikum) & "lam" (waalaikumusalam). Jadi lar.... ada lar bunyi skit
- Obses sgt dgn upin ipin. Nampak baju upin ipin pun dia sebok nak pakai. Kalau psg vcd, tak boleh interrupt dia. Ngamok dia nnt.
- Kalau melipat kain baju, dia kenal, baju tu sapa punya.
- Suka dgr lagu "ummi". Siap badan pun dilentok2 kiri kanan, ikut dlm video klip lagu ummi tu.
- Dah faham dgn arahan. Kira pass dah lar...
- Suka mkn ayam gunting aka ayam uncle bob. Ala.... yg ayam goreng sekeping digunting2 yg ada jual kat psr mlm tu.... Najmi suka yg pedas. Terjelir2 pun dia mintak lagi.
- Suka dibwk ronda2 naik motor. Sblm nie pun dia suka tp still takut2 lagi. Skrg dah berani.
- Ada jgk training dia utk ke toilet. Terbabas jgk dia. Dah kencing, dia terkangkang2 nak elak air kencing dia. Pastu dia kata basah. Hari kedua, dia kata nak eyak, tp bila masuk toilet, dia kencing. Ish..... susah jgk nak bagi training erk. Nie pun sbb ari sabtu ahad ada jer xtvt, tak dpt nak traine dia lagik.
- Pernah nampak dia, pegang teddy bear. Dia tunjuk kat org, pastu kata baby. Dia balut dgn towel kecik. Pastu dia tepuk2 & menyanyi apa tak tau lar.... konon nak bagi tdo lar.... dah byk kali dah nampak... hu hu hu
- Suka tgk Dibo the Gift Dragon.
- Dah faham kalau tgk tv. Kdg2 gelak mengekek2 kalau ada yg lawak bagi dia.
- Suka dgr lagu-lagu patriotik. Serius! Nie mesti sbb masa hari Merdeka ada banyak lagu2 camtu. Kalau lagu jalur gemilang, dia siap goyang tgn cam kibar bendera tu.
- Berani main slide kat taman tu.... yg rendah tak per, tapi yg tinggi tu. Dia panjat laju, terpaksa abah dia ikut skali. Dia suka lar tapi kita yg seriau tgk.


Hmm..... apa lagi erk.... ini jer yg teringat.



baru lepas mop umah. Suruh dia dok diam2 kat kerusi dia sambil tgk pocoyo.

kat bilik, tgk video klip lagu ummi. Nampak kepala dia lentok skit. Abaikan pemandangan yg bersepah tu yer...

nie masa raya aritu.... takut2 nak main bunga api.


takut-takut berani. Dia dah berani nnt, kita lak yg takut. haih!

minum dulu sblm pegi meronda. Pak su dia rajin bawak meronda.


memang tak boleh tgk penyapu lar ini si ketot! :P


main rak kasut kat umah opah



'

Monday, October 4, 2010

Selamat Pengantin Baru




Selamat Pengantin Baru buat Ezzat & Akma. Semoga hubungan kalian kekal hingga ke akhir hayat. Majlis berlangsung di dewan, dkt dgn Masjid Bukit Aman, KL. Majlis bersanding pada hari ahad, 02.10.2010. Sebelah lelaki, InsyaAllah ari ahad, 10.10.2010.

Ari jumaat lepas, selepas isyak, abg ipar dah selamat menjadi suami orang dengan sekali lafaz. Akhirnya..... Teringat masa kawen dulu, dia jadi pengapit. Mak mertua siap renjis2 air mawar kat dia, nak bagi cepat kawen. Dah 3 tahun lebih, akhirnya dia kawen jgk.

Umur dia bukan lar lewat sgt, baru 30 tahun tapi mak mertua dah susah hati. Yer ler... anak laki dia yang nie lain skit. Hmm... tak yah citer lebih2, kita tgk gambar dia key...






isk.... gelap lak dua2 gambar nieh. isk...


ini bukan pengantin yg abiskan makan nie... :P

mak & ayah mertua, kat sebelah pengantin.

mak, ayah, kak nori & anak2nya (sepupu Najmi)

Pengantin lama vs Pengantin Baru. Pengantin lama dah kepit 1 'hand bag'. :P

Najmi dah ngamok nak jalan sendiri, tak sempat nak bergambar.

penutup n3..... abisssss.......


'